UMRAH KASIH PREMIUM RAMADAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kerana memilih Khadim Ummah Holidays sebagai syarikat pengurusan umrah pilihan anda.
Kami di Khadim Ummah Holidays sentiasa komited dalam menitikberatkan keperluan, keselesaan dan kebajikan para jemaah, selaras dengan misi dan visi syarikat untuk menyediakan perkhidmatan umrah yang berkualiti, berintegriti serta patuh kepada syariat Islam.
Dengan bimbingan mutawwif berpengalaman dan pengurusan yang sistematik, kami berusaha memastikan setiap perjalanan ibadah umrah yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, selamat dan sempurna, agar para jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah serta memperoleh umrah yang mabrur dan diterima oleh Allah SWT.
Semoga kerjasama dan kepercayaan yang diberikan ini menjadi asbab keberkatan dan kebaikan buat kita semua.
Nikmati Pakej Umrah Kasih Ramadan 12 Hari 10 Malam Khas untuk anda yang ingin merebut ganjaran pahala Ramadan di bumi Makkah, pakej ini direka dengan penekanan kepada keselesaan, pengurusan yang teratur serta pengisian rohani yang lebih eksklusif.
Bayangkan setiap hari diisi dengan ibadah di Masjidil Haram, setiap malam dihiasi dengan tarawih dan munajat, serta setiap detik dipenuhi ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Perjalanan ini bukan sekadar Umrah… Tetapi sebuah pengalaman yang menyentuh hati dimana setiap langkah membawa kita lebih dekat kepada Allah, dan setiap doa dipanjatkan dengan penuh rasa kehambaan serta pengharapan.
Inilah peluang untuk anda menjadikan Ramadan kali ini sebagai titik perubahan dalam hidup.
Dengan Pakej Umrah Kasih Premium Ramadan, anda akan menikmati:
Ibadah di Masjidil Haram & Masjid Nabawi dalam suasana Ramadan
39 tempat ziarah yang sarat dengan sejarah Islam & kisah para sahabat
Hotel yang lebih dekat hanya 50 meter sahaja dengan pintu Masjidil Haram
Bimbingan Umrah sebanyak 3 kali untuk memastikan ibadah lebih sempurna
Lebih istimewa, perjalanan ini turut disusun dengan pengisian rohani yang menyentuh jiwa membawa anda menelusuri sirah, memahami pengorbanan Rasulullah SAW serta para sahabat, dan menghidupkan Ramadan dengan penuh penghayatan.

| PAKEJ TERMASUK | PAKEJ TIDAK TERMASUK |
1) Tiket penerbangan Ekonomi Saudi @ Malaysia Airlines 2) Penginapan Hotel seperti yang dinyatakan 3) Visa Pelancong 4) Pengangkutan bas berhawa dingin 5) Perkhidmatan Mutawwif (Umrah dan Ziarah) 6) Perkhidmatan Ground Makkah dan Madinah 7) Set Bagasi Khadim Ummah Holidays (Bagasi 24" + 20" + Sling Bag + Bag Kasut + Buku Umrah) 8) Takaful Visa Pelancongan 9) Kursus Umrah | 1) Takaful Perjalanan Etiqa 360 RM100 2) Lebihan berat bagasi 3) Perkhidmatan "Room Service" 4) Visa On Arrival (jika permohanan visa atas talian ditolak) 5) Kos perubatan dan pengurusan kematian |