UMRAH KASIH RAMADAN 1448H | 2027

UMRAH KASIH RAMADAN 1448H/2027



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih kerana memilih Khadim Ummah Holidays sebagai syarikat pengurusan umrah pilihan anda.

Kami di Khadim Ummah Holidays sentiasa komited dalam menitikberatkan keperluan, keselesaan dan kebajikan para jemaah, selaras dengan misi dan visi syarikat untuk menyediakan perkhidmatan umrah yang berkualiti, berintegriti serta patuh kepada syariat Islam.

Dengan bimbingan mutawwif berpengalaman dan pengurusan yang sistematik, kami berusaha memastikan setiap perjalanan ibadah umrah yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, selamat dan sempurna, agar para jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah serta memperoleh umrah yang mabrur dan diterima oleh Allah SWT.

Semoga kerjasama dan kepercayaan yang diberikan ini menjadi asbab keberkatan dan kebaikan buat kita semua.


MAKLUMAT PAKEJ UMRAH KASIH RAMADAN


Nikmati Pakej Umrah Kasih Ramadan 12 Hari 10 Malam Khas untuk anda yang ingin merebut ganjaran pahala Ramadan di bumi Makkah, pakej ini direka dengan penekanan kepada keselesaan, pengurusan yang teratur serta pengisian rohani yang lebih eksklusif.

Bayangkan setiap hari diisi dengan ibadah di Masjidil Haram, setiap malam dihiasi dengan tarawih dan munajat, serta setiap detik dipenuhi ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Perjalanan ini bukan sekadar Umrah… Tetapi sebuah pengalaman yang menyentuh hati dimana setiap langkah membawa kita lebih dekat kepada Allah, dan setiap doa dipanjatkan dengan penuh rasa kehambaan serta pengharapan.

Inilah peluang untuk anda menjadikan Ramadan kali ini sebagai titik perubahan dalam hidup.


Dengan Pakej Umrah Kasih Ramadan, anda akan menikmati:

Ibadah di Masjidil Haram & Masjid Nabawi dalam suasana Ramadan
29 tempat ziarah yang sarat dengan sejarah Islam & kisah para sahabat
Penginapan selesa berhampiran masjid (Makkah & Madinah) dengan hanya berjalan kaki
Bimbingan Umrah sebanyak 3 kali untuk memastikan ibadah lebih sempurna

Lebih istimewa, perjalanan ini turut disusun dengan pengisian rohani yang menyentuh jiwa membawa anda menelusuri sirah, memahami pengorbanan Rasulullah SAW serta para sahabat, dan menghidupkan Ramadan dengan penuh penghayatan.


MAKLUMAT PENGINAPAN
Makkah : SNOOD AJYAD (450m+-) @setaraf (6Malam) - Room Only
Madinah : ARKAL AL MANAR (150m+-) @setaraf (4Malam) - Room Only


MAKLUMAT HARGA UMRAH KASIH RAMADAN



MAKLUMAT HARGA KANAK-KANAK & BAYI:
Kanak-kanak berkatil (bawah 12 tahun) : Tolak RM 300 daripada harga pakej
Kanak-kanak tidak berkatil (5 tahun dan ke bawah): Tolak RM 500 daripada harga pakej
Bayi (Bawah 2 tahun) : RM3,000

MAKLUMAT PERKHIDMATAN TAMBAHAN
Speed train Haramain + Pengangkutan + Petugas pengiring ke terminal : RM500
Naik taraf Kelas Perniagaan bergantung pada harga semasa Airlines

*Tertakluk kepada perubahan harga semasa

MAKLUMAT PENERBANGAN
Tiket Penerbangan Ekonomi Emirates/Qatar/Air Asia @ setaraf

PAKEJ TERMASUK
PAKEJ TIDAK TERMASUK
PAKEJ TERMASUK :
1) Tiket penerbangan Ekonomi Qatar Airways, Emirates Airlines @ setaraf.
2) Penginapan Hotel seperti yang dinyatakan
3) Visa Pelancong
4) Pengangkutan bas berhawa dingin
5) Perkhidmatan Mutawiff (Umrah dan Ziarah)
6) Perkhidmatan Ground Makkah dan Madinah
7) Sling Bag + Bag Kasut
8) Takaful Visa Pelancongan
9) Kursus Umrah
1) Takaful Perubatan pesakit luar (Al-Khairi) Min. RM70
2) Takaful Perjalanan Etiqa 360 Min. RM100
3) Lebihan berat bagasi
4) Perkhidmatan "Room Service"
5) Visa On Arrival (jika permohanan visa atas talian ditolak)
6) Kos perubatan dan pengurusan kematian.
7) Makanan di Makkah dan Madinah


CARA PENDAFTARAN

1) Pilih tarikh penerbangan pakej umrah anda.
2) Isi borang maklumat peribadi melalui ejen sah atau staf Khadim Ummah Holidays.
3) Deposit RM1000/seorang, dibayar ke akaun Khadim Ummah Holidays Sdn Bhd ( Maybank: 5521 8956 5759)
4) Bayaran penuh 60 hari sebelum penerbangan.
5) Serahan dokumen soft copy (passport dan gambar) melalui whatsapp atau email, 7 hari dari tarikh pendaftaran atau selewatnya
60 hari dari tarikh penerbangan.
6) Sila simpan invois dan resit bayaran untuk rujukan.

LANGKAH KESELAMATAN

1) Pastikan pendaftaran dibuat dengan ejen dilantik rasmi oleh pihak Khadim Ummah Holidays Sdn Bhd.
2) Semua bayaran hendaklah dibuat ke akaun Syarikat Khadim Ummah Holidays Sdn Bhd
3) Sila dapatkan pengesahan dari HQ jika ada keraguaan dalam urusan jual beli bersama ejen
4) Sila laporkan sebarang salah laku ejen ke talian 012-976 1791 (Hotline) atau email ke sales@khadimummahholidays.com.my

Hanya satu langkah sahaja lagi untuk pendaftaran anda, lengkapkan maklumat dibawah...


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
UMRAH KASIH RAMADAN | 05 - 15 FEBRUARY 2027
45
UMRAH KASIH RAMADAN | 15 - 25 FEBRUARY 2027
45
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Contoh : Bilik Berdua 1: Ali Bin Abu(Suami) Siti Binti Nuh(Isteri) Bilik Berdua 2: Isa Bin Ali (Anak) Aisar Bin Ali (Anak)
Sila tulis nama penuh, nombor telefon dan alamat rumah (Contoh: ALI, 013-2345678, NO 123 TAMAN SETIA, SETIA ALAM,47000 SHAH ALAM)

BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN

Chat UmrahKasih1447H